send link to app

Aplikasi School of Iman mengandungi pembelajaran huruf jawi, waktu solat, niat dan cara mengambil wuduk, tips puasa, adab & koleksi doa harian untuk kemudahan adik adik.

Aplikasi ini merupakan landasan asas bagi anak-anak untuk mempelajari ilmu agama Islam secara berperingkat. Iman terdiri daripada beberapa bahagian, antaranya IQRA, SOLAT, PUASA, ADAB & DOA.

Dalam bahagian IQRA, terdapat beberapa pecahan untuk pembelajaran anak anak. Antaranya, belajar mengenali huruf dan nombor jawi, surah surah lazim dan permainan mini.

Bagi bahagian SOLAT pula, terdapat beberapa pecahan lain, seperti niat dan waktu solat, niat dan cara mengambil wuduk.

Kemudian untuk bahagian PUASA, terdapat tips Puasa & juga permainan mini untuk Puasa.

Dalam ADAB, terdapat beberapa Adab Harian beserta Kuiz untuk pembelajara.

Dan yang terakhir ialah bahagian Doa. Yang merangkumi Doa doa Harian yang boleh membantu anak anak mendisiplinkan diri dalam kehidupan harian.